Kerja2 kursus komputer Di Masjid Negeri Sultan Aziz Salahhudin,Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Saturday 25 May 2013
Solat itu Diwajibkan kepada muslimin dan mulimat
1.Solat Zohor - bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.
2.Solat Asar - bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
3.Solat Maghrib - ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
4.Solat Isya' - bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.
5.Solat Subuh - bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.
Friday 24 May 2013
Aktiviti Cuti2 Malaysia
Pada pagi ni,kami berkumpul pada pukul 8.00 pagi di Masjid Bukit Jelutong sebelum pergi cuti2 Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)